Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Perintah Had Laju Kebangsaan 1989 [P.U. (A) 18/1989] dipinda dalam Jadual dengan memasukkan selepas butiran 16 butiran yang berikut:
“17. Bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya Pantai Timur-Fasa 2
yang bermula—
(a)
dari kilometer 365.544 di Persimpangan Bertingkat Bukit Besi
(di koordinat U -15392.721, T +33595.713 Grid Cassini Negeri
Terengganu) dan berakhir di kilometer 403.748 di Persimpangan
Bertingkat Ajil (di koordinat U +15900.344, T +18910.634 Grid
Cassini Negeri Terengganu) (kedua-dua jarak diukur dari Pejabat Pos
Besar Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh
Raya Pantai Timur–Fasa 1 dan Lebuh Raya Pantai Timur–Fasa 2)
termasuklah jalan-jalan sambungannya; dan
(b)
dari kilometer 423.246 di Persimpangan Bertingkat Telemung
(di koordinat U +32846.487, T +12686.520 Grid Cassini Negeri
Terengganu) dan berakhir di kilometer 424.793 (di koordinat
U +34307.904, T +13156.195 Grid Cassini Negeri Terengganu)
termasuklah Persimpangan Jalan Telemung.”.
3
(2)
Jalan dengan had laju yang dinyatakan di bawah subperenggan (1) ditunjukkan dalam peta dalam Jadual.