Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH HAKMILIK STRATA (PINDAAN JADUAL DAN BORANG) 2016
Seksyen 2
Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], yang disebut “Akta ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam Jadual Keenam—
(a)
dalam tajuk, dengan menggantikan perkataan “SISTEM HAKMILIK STRATA
ELEKTRONIK”
dengan perkataan
“SISTEM
PENTADBIRAN
TANAH
ELEKTRONIK BAGI HAKMILIK STRATA”;
(b)
dalam perenggan 1, dengan memasukkan selepas takrif “dokumen rekod daftar strata berkomputer sedia ada” takrif yang berikut:
‘ “dokumen rekod daftar strata sedia ada” ertinya apa-apa rekod daftar strata yang mengandungi dokumen indeks daftar strata sedia ada, dokumen penyata daftar strata, salinan pelan strata yang diperakui dan tiap-tiap dokumen hakmilik daftar strata yang bersepadan dengan setiap petak dan, jika ada, blok sementara yang didaftarkan sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi Hakmilik
Strata;’;
(c)
dengan menggantikan perenggan 3 dengan perenggan yang berikut:
P.U. (A) 379 3
“Cara membuat catatan atas dokumen hakmilik di bawah Sistem Pentadbiran Tanah
Elektronik bagi Hakmilik Strata