Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH HAKMILIK STRATA (PINDAAN JADUAL DAN BORANG) 2016

Seksyen 3

Bagi maksud Akta ini, apabila suatu catatan dikehendaki untuk dibuat atas dokumen hakmilik berkomputer, Pendaftar hendaklah—

(a)

membuat catatan tersebut;

(b)

menyediakan suatu dokumen hakmilik berkomputer yang baharu;

(c)

membatalkan dokumen hakmilik cetakan komputer versi terdahulu;

(d)

menangkap imej dokumen hakmilik cetakan komputer versi terdahulu yang telah dibatalkan untuk disimpan secara maya dalam pangkalan data tanah;

dan

(e)

memusnahkan dokumen hakmilik cetakan komputer versi terdahulu itu.”;

(d)

dalam perenggan 7—

(i)

dalam subperenggan (1)—

dengan menggantikan perkataan “sistem hakmilik strata elektronik” dengan perkataan “Sistem Pentadbiran Tanah

Elektronik bagi Hakmilik Strata”; dan dengan menggantikan perkataan “dokumen rekod daftar strata berkomputer” dengan perkataan “dokumen rekod daftar strata”;

(ii)

dalam subperenggan (4)—

P.U. (A) 379 4

dengan menggantikan perkataan “dokumen hakmilik yang sedia ada” dengan perkataan “dokumen rekod daftar strata sedia ada”; dan dengan menggantikan perkataan “dokumen hakmilik cetakan komputer” dengan perkataan “daftar strata berkomputer”;

(iii)

dalam subperenggan (6)—

dengan menggantikan subsubperenggan (b) dan (c) dengan subsubperenggan yang berikut:

“(b)

hendaklah membuat suatu nota pembatalan—

(i)

dengan cara membuat suatu endorsan secara bersilang atas permukaan daftar strata sedia ada yang berkaitan; atau

(ii)

apa-apa jenis endorsan dalam apa-apa hal keadaan yang endorsan secara bersilang atas permukaan daftar strata sedia ada yang berkaitan adalah mustahil, yang bahawasanya hakmilik berkenaan telah ditukar ganti kepada dokumen hakmilik berkomputer;

(c)

hendaklah membatalkan dokumen hakmilik keluaran sedia ada dan menangkap imejnya untuk disimpan secara maya dalam pangkalan data tanah apabila dikemukakan kepadanya; dan”; dan dengan memasukkan selepas subsubperenggan

(c)

subsubperenggan yang berikut:

“(d)

hendaklah memusnahkan dokumen hakmilik keluaran sedia ada yang telah dibatalkan.”;

P.U. (A) 379 5

(e)

dalam perenggan 11—

(i)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “sistem hakmilik strata elektronik” dengan perkataan “Sistem Pentadbiran Tanah

Elektronik bagi Hakmilik Strata” dan

(ii)

dengan memotong perkataan “, bahawa sewa diperuntukkan kepada setiap petak atau blok sementara mengikut kelayakan unit syer,”;

(f)

dalam subperenggan 12(1), dengan memotong perkataan “atau dibetulkan”;

(g)

dengan menggantikan perenggan 13 dengan perenggan yang berikut:

“Rekod Nota Pembetulan

(a)

nombor perserahan yang diberikan oleh komputer berkenaan dengan pembetulan;

(b)

tarikh dan masa pembetulan; dan

(c)

perihalan lengkap pembetulan itu.

(h)

dalam perenggan 15—

(i)

dengan menomborkan semula perenggan sedia ada sebagai subperenggan (1); dan

P.U. (A) 379 6

(ii)

dengan memasukkan selepas subperenggan (1) baharu subperenggan yang berikut:

“(2)

Pendaftar boleh, berkenaan dengan dokumen yang dikehendaki di bawah seksyen 306 Kanun, menangkap imej dokumen itu untuk disimpan secara maya di dalam pangkalan data tanah.”; dan

(i)

dalam perenggan 18—

(i)

dengan menggantikan subsubperenggan (1)(b), (c) dan (d) dengan subsubperenggan yang berikut:

“(b)

membatalkan rekod daftar strata berkomputer yang berkaitan;

(c)

menangkap imej rekod daftar strata berkomputer yang berkaitan yang telah dibatalkan untuk disimpan secara maya dalam pangkalan data tanah; dan

(d)

memusnahkan rekod daftar strata berkomputer yang berkaitan yang telah dibatalkan.”; dan

(ii)

dalam subperenggan (2), dengan memotong perkataan “selagi perbadanan pengurusan masih menjadi pemilik lot”.

Pindaan borang

Section 3 — PERINTAH HAKMILIK STRATA (PINDAAN JADUAL DAN BORANG) 2016