Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Orang yang dikecualikan di bawah perenggan 2 adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a)
hanya boleh menjalankan kerja-kerja berhubung dengan Projek
Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia dan
Brunei Darussalam di sepanjang garisan sempadan di antara Malaysia dan Brunei Darussalam di daerah Miri, Marudi, Limbang dan Lawas,
Sarawak sahaja;
(b)
apabila tiba di sepanjang garisan sempadan yang dinyatakan dalam subperenggan (a), hendaklah tanpa apa-apa kelengahan kecuali disebabkan kesulitan mendapatkan pengangkutan atau kerana menguruskan hal-ehwal mengenai kerja penandaan dan pengukuran, meneruskan perjalanan ke kawasan-kawasan yang hendak ditanda dan diukur di daerah Miri, Marudi, Limbang dan Lawas, Sarawak;
(c)
setelah berada dalam mana-mana daerah seperti dinyatakan dalam subperenggan (a), tidak boleh keluar daripada sempadan daerah berkenaan ke mana-mana daerah lain dalam Sarawak kecuali bagi maksud hendak pergi ke daerah lain di mana kerja penandaan dan pengukuran dijalankan atau bagi maksud berlepas dari Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(d)
tidak boleh berada atau tinggal di mana-mana daerah seperti dinyatakan dalam subperenggan (a) lebih lama daripada tempoh yang munasabah yang perlu dengan mengambil kira mengenai adanya pengangkutan dan pengaturan urusan perlepasan itu.
P.U. (A) 207 4
Pemberhentian pengecualian