Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA (PENGECUALIAN) 2025

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan PS Pipeline Sdn. Bhd. (Nombor Pendaftaran

Syarikat: 414140-H) daripada pemakaian subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan

Industri Biobahan Api Malaysia (Sumber Pengeluaran, Adunan dan Aktiviti yang

Dibenarkan) 2022 [P.U. (A) 363/2022] berhubung dengan kehendak pengadunan biobahan api dengan bahan api.

(2)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat bahawa kuantiti bahan api (diesel) yang dikeluarkan tidak boleh melebihi 3,750,000 liter sehari.

Dibuat 5 November 2025

[MPIC.BBA(S).700-1/1/1 Jld.2 (23); PN(PU2)665/JLD.3]

DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI

Menteri Perladangan dan Komoditi

P.U. (A) 405 3

MALAYSIAN BIOFUEL INDUSTRY ACT 2007

MALAYSIAN BIOFUEL INDUSTRY (EXEMPTION) ORDER 2025

Section 2 — PERINTAH INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA (PENGECUALIAN) 2025