Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2022
Seksyen 2
Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 dipinda dalam Jadual Pertama—
(a)
dengan menggantikan perenggan 1 dengan perenggan yang berikut:
“1.
Metil ester yang berasal atau diekstrak daripada keluaran kelapa sawit yang berikut:
(a)
minyak sawit mentah;
(b)
minyak sawit yang ditapis, dinyahwarna dan dinyahbau;
(c)
asid lemak sawit disuling;
(d)
minyak sawit keladak;
(e)
minyak sawit masak yang telah digunakan; atau
(f)
minyak efluen kilang kelapa sawit.”; dan
P.U. (A) 354 3
(b)
dengan menggantikan perenggan 2 dengan perenggan yang berikut:
“2.
Hidrokarbon berasaskan minyak sayuran yang berasal atau diekstrak daripada keluaran kelapa sawit yang berikut:
(a)
minyak sawit mentah;
(b)
minyak sawit yang ditapis, dinyahwarna dan dinyahbau;
(c)
asid lemak sawit disuling;
(d)
minyak sawit keladak;
(e)
minyak sawit masak yang telah digunakan;
(f)
minyak efluen kilang kelapa sawit; atau
(g)
minyak tandan kosong sawit.”.
Dibuat 28 Oktober 2022
[MPIC.BBA(S).700-1/1/1; PN(PU2)665/Jld. 3]
DATUK HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
P.U. (A) 354 4
MALAYSIAN BIOFUEL INDUSTRY ACT 2007
MALAYSIAN BIOFUEL INDUSTRY
(AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) ORDER 2022