Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PELESENAN) (PENGECUALIAN) 2025
Seksyen 4
Syarat pengecualian
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah hendaklah—
P.U. (A) 102 3
(a)
mendapatkan peruntukan kewangan untuk menjalankan suatu kajian pelan induk tadahan pembetungan bagi maksud mengenal pasti keperluan bagi pembaikpulihan dan peningkatan sistem pembetungan di Kawasan
Terengganu Tengah;
(b)
mendapatkan peruntukan kewangan untuk menjalankan kerja pembaikpulihan dan peningkatan bagi sistem pembetungan berdasarkan hasil kajian pelan induk tadahan pembetungan yang diluluskan;
(c)
menjalankan kerja menyahenap cemar dan menyahlodak di kolam oksidasi secara berkala; dan
(d)
melantik seseorang yang bertauliah untuk menjalankan suatu persampelan kualiti efluen di loji rawatan kumbahan secara berkala sekurang-kurangnya sebulan sekali, selepas kerja menyahenap cemar dan menyahlodak di kolam oksidasi telah dijalankan.
Dibuat 26 Mac 2025
[PETRA.BAP.100-1/1/3(S)KLT.4; PN(PU2)660/JLD.19]
DATO' SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
P.U. (A) 102 4
WATER SERVICES INDUSTRY ACT 2006
WATER SERVICES INDUSTRY (LICENSING) (EXEMPTION) ORDER 2025