Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (BANK PEMBANGUNAN MALAYSIA BERHAD) (PENGECUALIAN) 2025
Seksyen 2
Menteri mengecualikan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Nombor
Pendaftaran Syarikat: 16562-K), suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan mempunyai pejabat berdaftarnya di Aras 30,
Menara Bank Pembangunan, Plaza Conlay, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur, daripada pemakaian subseksyen 28(3A) Akta bagi maksud memberikan Pembiayaan
Tawarruq untuk Modal Kerja Tetap (Nombor Akaun: 00153300022) bagi tempoh lima tahun dan Jaminan Bank-i (Nombor Akaun: 00180100129) bagi tempoh enam tahun kepada Lumut Naval Shipyard Sdn. Bhd. (Nombor Pendaftaran Syarikat: 199001007732
(199302-K)), suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
yang syernya dimiliki sepenuhnya secara tidak langsung oleh seorang anggota
Bank
Pembangunan
Malaysia
Berhad yang merupakan
Menteri
Kewangan
(“Perbadanan”) yang diperbadankan di bawah subseksyen 3(1) Akta Menteri Kewangan
(Pemerbadanan) 1957 [Akta 375].
Dibuat 11 Mac 2025
[MOF.SID(R)700-1/1/30 JLD.2 (36); PN(PU2)625/III]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan II
P.U. (A) 82 3
DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002
DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS
(BANK PEMBANGUNAN MALAYSIA BERHAD) (EXEMPTION) ORDER 2025