Malaysia legislation

Section 1

of PERINTAH INSURANS (PENGECUALIAN) 2012

Seksyen 1

Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Insurans (Pengecualian) 2012.

Pengecualian daripada perenggan 71(1)(a) Akta 2.

(1)

ING Insurance Berhad, suatu penanggung insurans berlesen di bawah

Akta yang mempunyai alamat berdaftar di Menara ING, 84, Jalan Raja Chulan, 50927

Kuala Lumpur dikecualikan daripada perenggan 71(1)(a) Akta berhubungan dengan pelantikan Bruce Murray Hodges (Nombor Pasport: BA723733) yang dibuat olehnya sebagai ketua pegawai eksekutif dan pengarah eksekutif ING Insurance Berhad.

(2)

ING Management Holdings (Malaysia) Sdn Bhd, pengawal ING Insurance

Berhad yang mempunyai alamat berdaftar di ING Management Holdings (Malaysia)

Sdn Bhd, Menara ING, 84, Jalan Raja Chulan, 50927 Kuala Lumpur dikecualikan daripada perenggan 71(1)(a) Akta berhubungan dengan pelantikan Bruce Murray

Hodges (Nombor Pasport: BA723733) yang dibuat olehnya sebagai pengarah bukan eksekutif bukan bebas ING Management Holdings (Malaysia) Sdn Bhd.

(3)

Bruce Murray Hodges (Nombor Pasport: BA723733) dikecualikan daripada perenggan 71(1)(a) Akta berhubungan dengan—

(a)

penerimaan pelantikannya sebagai ketua pegawai eksekutif dan pengarah eksekutif ING Insurance Berhad; dan

(b)

penerimaan pelantikannya sebagai pengarah bukan eksekutif bukan bebas ING Management Holdings (Malaysia) Sdn Bhd.

P.U. (A) 112 3

Dibuat 26 April 2012

[BNM.JP. 1157/1/1; PN(PU2)570/V]

Bagi pihak dan atas nama Menteri Kewangan

DATO’ DR. AWANG ADEK BIN HUSSIN

Timbalan Menteri Kewangan

P.U. (A) 112 4

INSURANCE ACT 1996

INSURANCE (EXEMPTION) ORDER 2012