Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“insurans MAT” ertinya risiko insurans yang berhubungan dengan perkapalan maritim antarabangsa, penerbangan perdagangan antarabangsa dan apa-apa liabiliti yang berpunca daripada risiko itu, dan risiko yang berhubungan dengan barang-barang dalam transit antarabangsa;
“Malaysia” ertinya Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur tetapi tidak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan;
“negara atau wilayah yang ditetapkan” ertinya sebuah negara atau wilayah yang berikut:
(a)
sebuah Negara Anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara yang merupakan penandatangan kepada Protokol Bagi Melaksanakan Pakej
Kelima Komitmen Perkhidmatan Kewangan di bawah Perjanjian Rangka
Kerja Mengenai Perkhidmatan ASEAN bertarikh 4 Mei 2011; dan
(b)
Wilayah Persekutuan Labuan; dan
P.U. (A) 170 3
“perniagaan pembrokeran insurans MAT” ertinya perniagaan pembrokeran insurans yang dijalankan semata-mata berkenaan dengan insurans MAT.
Pengecualian daripada perenggan 9(1)(b) Akta 3.
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), suatu entiti yang dilesenkan, didaftarkan, diluluskan atau dikawal dan diselia selainnya di bawah undang-undang negara atau wilayah yang ditetapkan untuk menjalankan perniagaan pembrokeran insurans dikecualikan daripada perenggan 9(1)(b) Akta.
(2)
Bagi maksud menjalankan perniagaan pembrokeran insurans MAT sebagai suatu broker insurans bagi seorang di Malaysia, entiti yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah mematuhi Peraturan-Peraturan Insurans (Broker Insurans
Marin,
Penerbangan dan
Transit
Antarabangsa
Yang
Diluluskan)
2012
[P.U. (A) 169/2012].
Dibuat 31 Mei 2012
[BNM. JP. 1157/1/1; PN(PU2)570/V]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 170 4
INSURANCE ACT 1996
INSURANCE (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2012