Malaysia legislation
Section 1
Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Jalan-Jalan Persekutuan
(Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol) (Lebuh Raya Juru-Jalan Duta-Bukit
Raja, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah dan Lebuh Raya
Kuala Lumpur-Johor Bahru) (Pindaan) 2014.
(2)
Subsubperenggan 2(a)(iii), subperenggan 2(b), perenggan 4 dan 5 dan subperenggan 6(c) mula berkuat kuasa pada 9 Januari 2014.
(3)
Subsubperenggan 2(a)(i) dan (ii) disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 12 Januari 2012.
(4)
Subsubperenggan 3(a)(i), subperenggan 3(b) dan subperenggan 6(a)
disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2010.
(5)
Subsubperenggan 3(a)(ii) dan subperenggan 6(b) disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 15 Januari 2011.
(6)
Pengenaan dan pungutan kadar tol—
(a)
bagi kelas 1 hingga kelas 4 sebagaimana yang dinyatakan dalam
BAHAGIAN B, Jadual Ketiga adalah dari 14 Julai 2009 hingga 31 Disember 2015; dan
P.U. (A) 10 3
(b)
bagi kelas 5 sebagaimana yang dinyatakan dalam BAHAGIAN B,