Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA KAJANG-SEREMBAN) 2016

Seksyen 2

(1)

Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. diberi kuasa bagi tempoh dari 19 Oktober 2016 sehingga 7 Mei 2039 untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama di plaza tol yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama, bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya Kajang-Seremban bermula dari kilometer 0.00 Lebuh Raya Kajang-Seremban di koordinat U 77087.217, T 36153.324

Grid Rectified Skew Orthomorphic (RSO) Geosentrik (GDM 2000) dan berakhir di kilometer 32.70 di koordinat U 4841.857, T 1195.108 Grid RSO Geosentrik (GDM 2000)

termasuk Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan, Plaza Tol Masuk dan Keluar Kajang

Selatan, Persimpangan Bertingkat Semenyih, Plaza Tol Masuk dan Keluar Semenyih,

Persimpangan Bertingkat Eco Majestic, Plaza Tol Masuk dan Keluar Eco Majestic,

Persimpangan Bertingkat Pajam, Plaza Tol Masuk dan Keluar Pajam, Persimpangan

Bertingkat Mantin, Plaza Tol Masuk dan Keluar Mantin, Persimpangan Bertingkat Setul,

Plaza Tol Masuk dan Keluar Setul, Plaza Tol Masuk dan Keluar Ampangan, Persimpangan

Bertingkat Jelebu, Persimpangan Bertingkat Paroi dan jalan-jalan sambungannya, oleh kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama.

P.U. (A) 264 3

(2)

Jalan yang dinyatakan dalam subperenggan (1) yang bagi penggunaannya tol dibenarkan diminta, dipungut dan disimpan ditunjukkan dalam peta dalam Jadual

Kedua.

Pembayaran tol

Section 2 — PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA KAJANG-SEREMBAN) 2016