Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
KL-Kuala Selangor Expressway Berhad diberi kuasa bagi tempoh dari 1 Januari 2015 hingga 28 Oktober 2048 untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan seperti yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai
Lebuh Raya KL-Kuala Selangor yang bermula dari kilometer 0.00 di koordinat
U 366573.829, T 375376.712 Grid Rectified Skew Orthomorphic (RSO) Geosentrik
(GDM2000) dan berakhir di kilometer 30.70 Lebuh Raya KL-Kuala Selangor di koordinat U 364885.563, T 401792.132 Grid RSO Geosentrik (GDM2000)
termasuklah Persimpangan Bertingkat Ijok, Plaza Tol Ijok, Persimpangan Bertingkat
Puncak Alam, Plaza Tol Kuang Barat, Plaza Tol Kundang Timur, Persimpangan
Bertingkat Kundang, Plaza Tol Kundang Barat, Plaza Tol Kuang Timur, Persimpangan
Bertingkat Kuang, Plaza Tol Taman Rimba Templer, Persimpangan Bertingkat Taman
Rimba Templer dan jalan-jalan sambungannya, iaitu suatu jarak sepanjang 30.70 kilometer oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama.