Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA KL-KUALA SELANGOR) 2014

Seksyen 3

(1)

Tol yang disebut dalam subperenggan 2(1) hendaklah kena dibayar oleh pemandu kenderaan sebelum memasuki Plaza Tol Ijok yang terletak di kilometer 3.72

di koordinat U 364234.489, T 377608.060 Grid RSO Geosentrik (GDM2000), Plaza Tol

Kuang Barat yang terletak di kilometer 13.50 di koordinat U 362137.799, T 386866.042

Grid RSO Geosentrik (GDM2000), Plaza Tol Kundang Timur yang terletak di kilometer 17.05 di koordinat U 362088.978, T 390446.108 Grid RSO Geosentrik (GDM2000),

Plaza Tol Kundang Barat yang terletak di kilometer 18.25 di koordinat U 361892.743,

T 391573.598 Grid RSO Geosentrik (GDM2000), Plaza Tol Kuang Timur yang terletak di kilometer 19.60 di koordinat U 361957.886, T 392924.944 Grid RSO Geosentrik

(GDM2000) dan Plaza Tol Taman Rimba Templer yang terletak di kilometer 26.75

di koordinat U 363934.443, T 398646.808 Grid RSO Geosentrik (GDM2000) di Lebuh

Raya KL-Kuala Selangor, semua jarak diukur dari kilometer 0.00 Lebuh Raya KL-Kuala

Selangor.

(2)

Seseorang pemandu kenderaan yang menggunakan suatu kad atau peranti elektronik hendaklah melalui suatu lorong tol yang mempunyai suatu mesin pembaca kad atau peranti elektronik, menghampiri mesin pembaca itu dan menyentuhkan kad atau peranti elektronik ke mesin pembaca itu dan tol yang kena dibayar hendaklah ditolak daripada kad atau peranti elektronik itu.

(3)

Seseorang pemandu kenderaan yang menggunakan tag elektronik hendaklah, sebelum melalui lorong tag elektronik yang dikhaskan, mempamerkan tag elektronik atau tag elektronik dengan kad atau peranti elektronik di cermin hadapan kenderaan dan tol yang kena dibayar hendaklah ditolak daripada tag elektronik atau tag elektronik dengan kad atau peranti elektronik itu.

(4)

“Kad atau peranti elektronik” dan “tag elektronik” yang disebut dalam perenggan ini ertinya—

(a)

sesuatu kad atau peranti elektronik dan tag elektronik yang dibenarkan oleh Menteri, yang dikeluarkan bagi maksud pembayaran tol;

P.U. (A) 344 4

(b)

berhubung dengan sesuatu kad atau peranti elektronik, suatu kad atau peranti elektronik yang boleh dibaca oleh mesin pembaca yang dipasang di lorong tol; dan

(c)

berhubung dengan sesuatu tag elektronik, suatu tag elektronik yang boleh menyebabkan palang di lorong tag elektronik yang dikhaskan dinaikkan secara elektronik.

Pengecualian daripada pembayaran tol

Section 3 — PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA KL-KUALA SELANGOR) 2014