Seksyen 2
Perintah Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol)
(Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak) 1994 [P.U. (A) 369/1994], yang disebut “Perintah ibu”
dalam Perintah ini, dipinda dengan menggantikan perenggan 2 dengan perenggan yang berikut:
“2. (1) ANIH Berhad diberi kuasa bagi tempoh mulai 6 Disember 2011
hingga 28 Julai 2032 untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya
Kuala Lumpur-Karak yang bermula dari kilometer 19.2 di koordinat
U+7394.184, T+2025.955 Grid Cassini Negeri
Selangor dan berakhir di kilometer 79.2 di koordinat U-31560.704, T-46053.695 Grid Cassini Negeri
Pahang termasuklah Plaza Tol Masuk/Keluar Gombak, Jalan Susur ke Genting,
Terowong Genting Sempah, Persimpangan Bertingkat Genting Sempah,
Persimpangan Bertingkat Bukit Tinggi, Plaza Tol Masuk/Keluar Bentong,
Persimpangan Bentong Barat, Persimpangan Bertingkat Bentong Timur dan jalan-jalan sambungannya, iaitu suatu jarak sepanjang 60.0 kilometer oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama.
P.U. (A) 65 3
(2)
Jalan–jalan yang dinyatakan dalam subperenggan (1) yang bagi penggunaannya tol dibenarkan diminta, dipungut dan disimpan ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Kedua.”.