Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA LEMBAH KLANG SELATAN) 2012

Seksyen 2

(1)

SKVE Holdings Sdn. Bhd. diberi kuasa bagi tempoh dari 30 Jun 2012

sehingga 20 November 2047 untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual Pertama mengikut tahun-tahun konsesi, bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya Lembah Klang Selatan yang bermula dari kilometer 7.95 Lebuh

Raya Lembah Klang Selatan di koordinat U 329145.837, T 407812.164 Grid Rectified

Skew Orthomorphic (RSO) dan berakhir di kilometer 32.89 di koordinat U 320499.948,

T 386524.275 Grid Rectified Skew Orthomorphic (RSO) (kedua-dua jarak diukur dari

Persimpangan Bertingkat SKVE), termasuklah Plaza Tol Masuk/Keluar Ayer Hitam,

Persimpangan Bertingkat SKVE Saujana Putra, Plaza Tol Masuk/Keluar SKVE Saujana

Putra, Persimpangan Bertingkat Teluk Panglima Garang dan Plaza Tol Masuk/Keluar

Teluk Panglima Garang dan jalan-jalan sambungannya, iaitu suatu jarak sepanjang 24.94 kilometer, oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual Pertama.

(2)

Jalan-jalan yang dinyatakan dalam subperenggan (1) yang bagi penggunaannya tol dibenarkan diminta, dipungut dan disimpan ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Kedua.

3

Pengambilan tiket transit dan pembayaran tol

Section 2 — PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA LEMBAH KLANG SELATAN) 2012