Skip to content

Seksyen 2

of Perintah Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol) (Lebuh Raya Lembah Klang Selatan) 2013

P.U. (A)In forceProvision 3 of 6

Seksyen 2

(1)

SKVE Holdings Sdn. Bhd. diberi kuasa bagi tempoh dari 1 November 2013

sehingga 20 November 2047 untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual Pertama mengikut tahun-tahun konsesi, bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya Lembah Klang Selatan yang bermula dari kilometer 7.95 Lebuh

Raya Lembah Klang Selatan di koordinat U 329181.18, T 407925.56 Grid Rectified Skew

Orthomorphic (RSO) dan berakhir di kilometer 52.98 di koordinat U 322990.08,

T 370915.42 Grid Rectified Skew Orthomorphic (RSO) (kedua-dua jarak diukur dari

Persimpangan Bertingkat UNITEN), termasuklah Plaza Tol Masuk/Keluar Ayer Hitam,

Persimpangan Bertingkat SKVE Saujana Putra, Plaza Tol Masuk/Keluar SKVE Saujana

Putra, Persimpangan Bertingkat Teluk Panglima Garang, Plaza Tol Masuk/Keluar Teluk

Panglima Garang, Plaza Tol Masuk/Keluar Pulau Indah dan Persimpangan Bertingkat

Pulau Indah, iaitu suatu jarak sepanjang 45.03 kilometer, oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual Pertama.

P.U. (A) 309 3

(2)

Jalan-jalan yang dinyatakan dalam subperenggan (1) yang bagi penggunaannya tol dibenarkan diminta, dipungut dan disimpan ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Kedua.