Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA MAJU EXPRESSWAY) 2016

Seksyen 2

(1)

Maju

Expressway

Sdn.

Bhd.

diberi kuasa bagi tempoh dari 13 Januari 2016 hingga 5 Disember 2045 untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan seperti yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual

Pertama bagi penggunaan ke mana-mana arah oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh

Raya Maju Expressway yang bermula dari kilometer 0.00 di koordinat U 59301.224,

T 23869.695 Grid Rectified Skew Orthomorphic (RSO) Geosentrik (GDM 2000) dan berakhir di kilometer 25.38 di koordinat U 81388.526, T 15988.536 Grid RSO

Geosentrik (GDM 2000) termasuk tanjakan masuk dan keluar dan persimpangan di Bulatan Kampung Pandan, Persimpangan Tun Razak, Plaza Tol Salak Selatan,

Persimpangann Hubungan Timur-Barat, Persimpangan Kuchai Lama, Persimpangan

Bukit Jalil, Plaza Tol Seri Kembangan, Persimpangan Bertingkat Seri Kembangan, Plaza

Tol

Utama

Putrajaya,

Persimpangan

Hubungan

Putrajaya dan jalan-jalan sambungannya, yang merupakan suatu jarak sepanjang 25.38 kilometer.

(2)

Jalan yang dinyatakan dalam subperenggan (1) yang bagi penggunaannya tol dibenarkan diminta, dipungut dan disimpan ditunjukkan dalam peta dalam

Section 2 — PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA MAJU EXPRESSWAY) 2016