Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
ANIH Berhad atau ejennya diberi kuasa—
(a)
bagi tempoh dari 15 Julai 2016 sehingga 31 Disember 2032, untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama di plaza tol yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama, bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai
Lebuh Raya Pantai Timur-Fasa 1 bermula dari kilometer 76.10
Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di koordinat U-29660.52,
T-47978.07 Grid Cassini Negeri Pahang dan berakhir di kilometer 250.60 di koordinat U-111006.35, T+45032.71 Grid Cassini Negeri
Terengganu termasuklah Persimpangan Bertingkat Karak, Plaza
Tol Karak, Persimpangan Bertingkat Lanchang, Plaza Tol Lanchang,
Persimpangan
Bertingkat
Temerloh,
Plaza
Tol
Temerloh,
Persimpangan Bertingkat Chenor, Plaza Tol Chenor, Persimpangan
Bertingkat Maran, Plaza Tol Maran, Persimpangan Bertingkat Sri
Jaya, Plaza Tol Sri Jaya, Persimpangan Bertingkat Gambang,
P.U. (A) 194 3
Plaza Tol Gambang, Persimpangan Bertingkat Kuantan, Plaza Tol
Kuantan, Persimpangan Bertingkat Jabor, Plaza Tol Jabor dan jalan-jalan sambungannya, oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama; dan
(b)
bagi tempoh dari 15 Julai 2016 sehingga 31 Disember 2032, untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Kedua di plaza tol yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Kedua, bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai
Lebuh Raya Pantai Timur-Fasa 2 bermula dari kilometer 250.60 di koordinat U+435884.921, T+589311.032 Grid Rectified Skew
Orthomorphic (RSO) Geosentrik (GDM 2000) dan berakhir di kilometer 433.98 di koordinat U+590369.182, T+557480.317
Grid RSO Geosentrik (GDM 2000), oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Kedua.
(2)
Jalan yang dinyatakan dalam subsubperenggan (1)(a) dan (b) yang bagi penggunaannya tol dibenarkan diminta, dipungut dan disimpan ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Ketiga dan Keempat.
Pengambilan tiket transit dan pembayaran tol