Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd atau ejennya diberi kuasa—
(a)
bagi tempoh dari 15 Julai 2016 sehingga 2 Mei 2034, untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama di plaza tol yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama, bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai
Lebuh Raya Pantai Timur-Fasa 2 bermula dari kilometer 250.60 di koordinat U+435884.921, T+589311.032 Grid Rectified Skew
Orthomorphic (RSO) Geosentrik (GDM 2000) dan berakhir di kilometer 433.98 di koordinat U+590369.182, T+557480.317
Grid RSO Geosentrik (GDM 2000) termasuk Persimpangan
Bertingkat Cheneh, Plaza Tol Cheneh, Persimpangan Bertingkat
Cukai, Plaza Tol Cukai, Persimpangan Bertingkat Kijal, Plaza Tol
Kijal, Persimpangan Bertingkat Kerteh, Plaza Tol Kerteh,
Persimpangan Bertingkat Paka, Plaza Tol Paka, Persimpangan
Bertingkat Kuala Dungun, Plaza Tol Kuala Dungun, Persimpangan
3
Bertingkat Bukit Besi, Plaza Tol Bukit Besi, Persimpangan
Bertingkat Ajil, Plaza Tol Ajil, Persimpangan Bertingkat Telemung,
Plaza Tol Telemung, Persimpangan Bertingkat Kuala Terengganu,
Plaza Tol Kuala Terengganu dan jalan-jalan sambungannya, iaitu suatu jarak sepanjang 183.38 kilometer, oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama; dan
(b)
bagi tempoh dari 15 Julai 2016 sehingga 31 Disember 2032, untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Kedua di plaza tol yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Kedua, bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai
Lebuh Raya Pantai Timur-Fasa 1 bermula dari kilometer 76.10 di koordinat U-29660.52, T-47978.07 Grid Cassini Negeri Pahang dan berakhir di kilometer 250.60 di koordinat U-111006.35,
T+45032.71 Grid Cassini Negeri Terengganu, oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Kedua.
(2)
Jalan yang dinyatakan dalam subsubperenggan (1)(a) dan (b) yang bagi penggunaannya tol dibenarkan diminta, dipungut dan disimpan ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Ketiga dan Keempat.
Pengambilan tiket transit dan pembayaran tol