Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA PENYURAIAN TIMUR (EDL)) 2014

Seksyen 2

(1)

MRCB Lingkaran Selatan Sdn. Bhd. atau ejennya diberi kuasa bagi tempoh mulai 1 Ogos 2014 sehingga 25 Februari 2042 untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama, bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai

Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) yang bermula—

(a)

dari kilometer 7.87 di koordinat U 168492.927, T 640617.968

Grid Rectified Skew Orthomorphic (RSO) Geosentrik (GDM2000)

dan berakhir di koordinat U 161918.328, T 640983.311 Grid RSO

Geosentrik (GDM2000) termasuklah Persimpangan Bertingkat

Pandan, Persimpangan Bertingkat Bakar Batu, Persimpangan

Bertingkat CIQ, Pusat Pungutan Tol Masuk dan Keluar dalam

Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang dikenali sebagai Bangunan Sultan Iskandar, dan jalan-jalan sambungannya, iaitu suatu jarak sepanjang 8.62 kilometer;

(b)

dari koordinat U 162060.992, T 641536.480 Grid RSO Geosentrik

(GDM2000) di Persimpangan Bertingkat CIQ dan berakhir di

P.U. (A) 224 3

koordinat U 162096.730, T 641326.793 Grid RSO Geosentrik

(GDM2000) di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ)

yang dikenali sebagai Bangunan Sultan Iskandar, iaitu suatu jarak sepanjang 0.3 kilometer; dan

(c)

dari koordinat U 162542.628, T 641252.460 Grid RSO Geosentrik

(GDM2000) di Persimpangan Bertingkat CIQ dan berakhir di koordinat U 162096.730, T 641326.793 Grid RSO Geosentrik

(GDM2000) di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ)

yang dikenali sebagai Bangunan Sultan Iskandar, iaitu suatu jarak sepanjang 0.4 kilometer, oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama.

(2)

Jalan yang dinyatakan dalam subperenggan (1) yang bagi penggunaannya tol dibenarkan diminta, dipungut dan disimpan ditunjukkan dalam peta dalam

Section 2 — PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA PENYURAIAN TIMUR (EDL)) 2014