Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Perintah Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol)
(Lebuhraya Shah Alam) 1999 [P.U. (A) 69/1999], yang disebut “Perintah ibu” dalam
Perintah ini, dipinda dengan menggantikan subperenggan 2(1) dengan subperenggan yang berikut:
“2. (1)
KESAS Sendirian Berhad diberi kuasa mulai 1 Mac 1999 sehingga 18 Ogos 2023 untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama, bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya Shah Alam yang bermula dari kilometer 17.9 laluan utama di koordinat U330299.391,
T382997.376 Grid Rectified Skew Orthomorphic (RSO) Geosentrik (GDM 2000)
dan berakhir di kilometer 52.2 di koordinat U339306.470, T412146.115 Grid
RSO Geosentrik (GDM 2000) termasuk Persimpangan Bertingkat Pandamaran,
Persimpangan Bertingkat Kebun, Plaza Tol Kemuning, Persimpangan Bertingkat
HICOM, Persimpangan Bertingkat Seafield, Pusingan U Bertingkat, Persimpangan
Bertingkat Kewajipan, Plaza Tol Sunway, Persimpangan Bertingkat Sunway,
Persimpangan Bertingkat Kinrara, Plaza Tol Awan Besar Timur, Persimpangan
P.U. (A) 114 3
Bertingkat Awan Besar, Plaza Tol Awan Besar Barat, Persimpangan Bertingkat
Awan Kecil, Persimpangan Bertingkat SUKOM dan Persimpangan Bertingkat Sri
Petaling, oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual
Pertama.”.
Penggantian Jadual Kedua