Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (LEBUH RAYA KL-KUALA SELANGOR) (PINDAAN) 2014

Seksyen 2

Perintah Jalan Persekutuan (Lebuh Raya KL-Kuala Selangor) 2011

[P.U. (A) 201/2011], yang disebut “Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam perenggan 2 dengan menggantikan subperenggan (1) dengan subperenggan yang berikut:

“(1)

Bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya KL-Kuala

Selangor yang bermula dari kilometer 0.00 di koordinat U 366573.829,

T 375376.712 Grid Rectified Skew Orthomorphic (RSO) Geosentrik

(GDM2000) dan berakhir di kilometer 30.70 Lebuh Raya KL-Kuala Selangor di koordinat U 364885.563, T 401792.132 Grid RSO Geosentrik (GDM2000)

termasuklah Persimpangan Bertingkat Ijok, Plaza Tol Ijok, Persimpangan

Bertingkat Puncak Alam, Plaza Tol Kuang Barat, Plaza Tol Kundang Timur,

Persimpangan Bertingkat Kundang, Plaza Tol Kundang Barat, Plaza Tol Kuang

Timur, Persimpangan Bertingkat Kuang, Plaza Tol Taman Rimba Templer dan

Persimpangan

Bertingkat

Taman

Rimba

Templer dan jalan-jalan sambungannya, iaitu suatu jarak sepanjang 30.70 kilometer, diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan.”.

P.U. (A) 216 3

Section 2 — PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (LEBUH RAYA KL-KUALA SELANGOR) (PINDAAN) 2014