Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (LEBUH RAYA PANTAI TIMUR—FASA 2) 2012
Seksyen 2
(1)
Bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya Pantai TimurFasa 2
yang bermula dari kilometer 365.544 di Persimpangan Bertingkat Bukit Besi
(di koordinat U -15392.721, T +33595.713 Grid Cassini Negeri Terengganu) dan berakhir di kilometer 424.793 (di koordinat U +34307.904, T +13156.195 Grid Cassini
Negeri Terengganu) (kedua-dua jarak diukur dari Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Kuala LumpurKarak, Lebuh Raya Pantai TimurFasa 1 dan Lebuh
Raya Pantai TimurFasa 2) termasuklah Persimpangan Bertingkat Bukit Besi,
Persimpangan Bertingkat Ajil, Persimpangan Jalan Telemung , Persimpangan Bertingkat
Telemung dan jalan-jalan sambungannya iaitu suatu jarak sepanjang 59.249 kilometer diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan.
(2)
Jalan yang diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan di bawah subperenggan (1) ditunjukkan dalam peta dalam Jadual.
Pembatalan