Malaysia legislation

Section 1

of PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN [LEBUH RAYA PESISIRAN PANTAI BARAT (TAIPING–BANTING)] 2019

Seksyen 1

(1)

Perintah ini bolehlah dinamakan

Perintah

Jalan

Persekutuan

(Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (Taiping-Banting)) 2019.

(2)

Perintah ini mula berkuat kuasa pada 31 Mei 2019.

Perisytiharan jalan sebagai jalan Persekutuan 2.

(1)

Bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat

(Taiping–Banting) yang bermula dari kilometer 143.99 di koordinat U 421777.709,

T 333667.462 Grid Bentuk Benar Serong di Tepi (RSO) Geosentrik (GDM 2000) dan berakhir di kilometer 162.07 di koordinat U 438818.638, T 331585.659 Grid RSO Geosentrik

(GDM 2000) (kedua-dua jarak diukur dari kilometer 0.0 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat

(Taiping–Banting) di Persimpangan Bertingkat Banting) termasuk Persimpangan Bertingkat

Hutan Melintang, Plaza Tol Masuk/Keluar Hutan Melintang, Plaza Tol Masuk/Keluar

Teluk Intan, Persimpangan Bertingkat Teluk Intan dan jalan-jalan sambungannya, iaitu suatu jarak sepanjang 18.08 kilometer, diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan.

(2)

Jalan yang diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan di bawah subperenggan (1)

ditunjukkan dalam peta dalam Jadual.

3

Section 1 — PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN [LEBUH RAYA PESISIRAN PANTAI BARAT (TAIPING–BANTING)] 2019