Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (LEBUH RAYA PINTAS SELAT KLANG UTARA BARU) 2014
Seksyen 2
(1)
Jalan persimpangan bertingkat dan jambatan yang membentuk
Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru yang bermula di koordinat U 339212.275,
T 386316.274 Grid Rectified Skew Orthomorphic (RSO) Geosentrik (GDM2000) yang menghala berterusan ke arah utara dan kemudian ke barat melalui Persimpangan
Bertingkat Meru, Persimpangan Bertingkat Kapar, Persimpangan Bertingkat Bandar
Sultan Sulaiman dan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Utara dan berakhir di koordinat U 333849.847, T 375142.069 Grid RSO Geosentrik (GDM2000), iaitu suatu jarak sepanjang 17.5 kilometer diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan.
(2)
Jalan yang diisytiharkan sebagai jalan
Persekutuan di bawah subperenggan (1) ditunjukkan dalam peta dalam Jadual.
Pembatalan