Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (MALAYSIA BARAT) (PINDAAN) (NO. 12) 2022
Seksyen 2
Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat) 1989 [P.U. (A) 401/1989] dipinda dalam Jadual Pertama di bawah kepala “Negeri Terengganu Darul Iman”—
(a)
dengan memasukkan selepas butiran 27 butiran yang berikut:
“28.
(Laluan 3): Jalan Pintas Tok Adis-Durian Burung
Bermula dari sempadan jalan negeri, Jalan Tok Adis di koordinat
U 5.282053, T 103.149355 dan berakhir di koordinat U 5.307602,
T 103.109870 di dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam PETA 14: JALAN PINTAS TOK ADIS-DURIAN BURUNG (jarak sepanjang 5.885 km).”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas PETA 13: JALAN KUALA TERENGGANU-KUANTAN, NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN peta yang berikut:
3
“PETA 14: JALAN PINTAS TOK ADIS-DURIAN BURUNG
Dibuat 15 September 2022
[KKR.100-1/2/21; PN(PU2)391/Jld. 42]
DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Menteri Kanan Kerja Raya
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut seksyen 4 Akta Jalan Persekutuan 1959]
”.
4
FEDERAL ROADS ACT 1959
FEDERAL ROADS (WEST MALAYSIA) (AMENDMENT) (NO. 12) ORDER 2022