Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (MALAYSIA BARAT) (PINDAAN) (NO. 13) 2025
Seksyen 2
Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat) 1989 [P.U. (A) 401/1989] dipinda dalam Jadual Pertama di bawah kepala Negeri Kedah Darul Aman—
(a)
dengan menggantikan butiran 27 dengan butiran yang berikut:
“27.
(Laluan 136): Jalan Pekan Bandar Baharu-Kuala Ketil
Bermula dari sempadan negeri Perak dan Kedah di koordinat
U 5.129321, T 100.495061 dan berakhir di persimpangan
Laluan 67,
Jalan
Sungai
Petani-Baling di koordinat
U 5.607789, T 100.639747 termasuk jalan sambungannya di dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam PETA: JALAN PEKAN BANDAR BAHARU-KUALA KETIL
(jarak sepanjang 89.537 km).”;
(b)
dengan menggantikan butiran 46 dengan butiran yang berikut:
3
“46.
(Laluan 169): Jalan Mahang-Kelang Lama
Bermula dari sempadan negeri Perak dan Kedah di koordinat
U 5.319092, T 100.748353 dan berakhir di persimpangan
Laluan 136, Jalan Pekan Bandar Baharu-Kuala Ketil di koordinat
U 5.386939, T 100.569783 termasuk jalan sambungannya di dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam
PETA:
JALAN
MAHANG-KELANG
LAMA
(jarak sepanjang 31.166 km).” ;
(c)
dengan menggantikan PETA: JALAN KUALA KETIL-MERBAU PULAS-LUNAS-PEKAN BANDAR BAHARU, NEGERI KEDAH dengan peta yang berikut:
4
“PETA: JALAN PEKAN BANDAR BAHARU-KUALA KETIL
(d)
dengan memasukkan selepas PETA: JALAN ALOR SETAR-KANGAR peta yang berikut:
”; dan 5
“PETA: JALAN MAHANG-KELANG LAMA
Dibuat 14 November 2025
[KKR.100-1/2/14; PN(PU2)391/JLD.54]
DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI
Menteri Kerja Raya
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut seksyen 4 Akta Jalan Persekutuan 1959]
”.
6
FEDERAL ROADS ACT 1959
FEDERAL ROADS (WEST MALAYSIA) (AMENDMENT) (NO. 13) ORDER 2025