Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (MALAYSIA BARAT) (PINDAAN) (NO. 3) 2025

Seksyen 2

Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat) 1989 [P.U. (A) 401/1989]

dipinda dalam Jadual Pertama di bawah kepala Negeri Kelantan Darul Naim—

(a)

dengan menggantikan butiran 1 dengan butiran yang berikut:

“1.

(Laluan 3): Jalan Pasir Puteh-Rantau Panjang

Bermula dari sempadan negeri

Terengganu–Kelantan di koordinat U 5.747654, T 102.434056 dan berakhir di koordinat

U 6.022538, T 101.974945 termasuk jalan sambungannya dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam PETA 24: JALAN PASIR PUTEH-RANTAU PANJANG

(jarak sepanjang 90.057 km).”;

(b)

dengan menggantikan butiran 16 dengan butiran yang berikut:

P.U. (A) 51 3

“16. (Laluan 2753): Jalan Kampung Jerimbong

Bermula dari persimpangan Laluan 66, Jalan Dabong-Jeli di koordinat U 5.491528, T 101.911576 dan berakhir di koordinat

U 5.483964, T 101.903659 termasuk jalan sambungannya dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam

PETA

25:

JALAN

KAMPUNG

JERIMBONG

(jarak sepanjang 1.229 km).”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas PETA 23: JALAN KUBANG KERIAN-SABAK peta yang berikut:

“PETA 24: JALAN PASIR PUTEH-RANTAU PANJANG

P.U. (A) 51 4

PETA 25: JALAN KAMPUNG JERIMBONG

Dibuat 3 Februari 2025

[KKR.100-1/2/22; PN(PU2)391/JLD.51]

DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI

Menteri Kerja Raya

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut seksyen 4 Akta Jalan Persekutuan 1959]

”.

P.U. (A) 51 5

FEDERAL ROADS ACT 1959

FEDERAL ROADS (WEST MALAYSIA) (AMENDMENT) (NO. 3) ORDER 2025

Section 2 — PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (MALAYSIA BARAT) (PINDAAN) (NO. 3) 2025