Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (MALAYSIA BARAT) (PINDAAN) (NO. 4) 2025
Seksyen 2
Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat) 1989 [P.U. (A) 401/1989] dipinda dalam Jadual Pertama di bawah kepala Negeri Pahang Darul Makmur—
(a)
dalam butiran 3, dengan menggantikan perkataan
“PETA
27:
ENDAU-KUANTAN/KUANTAN-CUKAI”
dengan perkataan
“PETA 27: JALAN KUANTAN-CUKAI”;
(b)
dengan menggantikan butiran 4 dengan butiran yang berikut:
“4.
(Laluan 3): Jalan Endau-Pekan
Bermula dari sempadan negeri Johor dan Pahang di koordinat
U 2.656234, T 103.621759 dan berakhir di koordinat
U 3.379828, T 103.421561 termasuk jalan sambungannya di dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam
PETA
38:
ENDAU-PEKAN/
PEKAN-KUANTAN (jarak sepanjang 94.850 km).”;
P.U. (A) 79 3
(c)
dengan memasukkan selepas butiran 55 butiran yang berikut:
“56. (Laluan 3): Jalan Pekan-Kuantan
Bermula dari koordinat U 3.490383, T 103.398889 dan berakhir di persimpangan Laluan 2 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di koordinat U 3.772105, T 103.257987 termasuk jalan sambungannya di dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam PETA 38: JALAN ENDAU PEKAN/
PEKAN-KUANTAN (jarak sepanjang 39.650 km).”;
(d)
dengan menggantikan
PETA
27:
ENDAU-KUANTAN/
KUANTAN-CUKAI dengan peta yang berikut:
P.U. (A) 79 4
“PETA 27: JALAN KUANTAN-CUKAI
(e)
dengan memasukkan selepas PETA 37: JALAN AL-SULTAN ABDULLAH dengan peta yang berikut:
”; dan
P.U. (A) 79 5
“PETA 38: JALAN ENDAU-PEKAN/PEKAN-KUANTAN
Dibuat 11 Mac 2025
[KKR.100-1/2/20; PN(PU2)391/JLD.51]
DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI
Menteri Kerja Raya
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut seksyen 4 Akta Jalan Persekutuan 1959]
”.
P.U. (A) 79 6
FEDERAL ROADS ACT 1959
FEDERAL ROADS (WEST MALAYSIA) (AMENDMENT) (NO. 4) ORDER 2025