Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (MALAYSIA BARAT) (PINDAAN) (NO. 6) 2012

Seksyen 2

Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat) 1989 [P.U. (A) 401/1989] dipinda dalam Jadual Pertama di bawah kepala “Negeri Johor Darul Ta’zim”―

(a)

dengan memasukkan selepas butiran 33 butiran yang berikut:

“(34). (Laluan 52): Lebuh Raya Sultan Iskandar

Dari Persimpangan Bertingkat Jalan Tun Razak – Jalan Skudai di koordinat Utara (U) 238215.033, Timur (T) 317641.223 melalui

J106 Jalan Sungai Danga/Jalan Pesiaran Perling dan berakhir di

Nusajaya di koordinat Utara (U) -68171.341, Timur (T) 6061.311

sebagaimana yang ditunjukkan dalam Peta 11: Lebuh Raya Sultan

Iskandar, Negeri Johor.

Jarak sepanjang 14.5 km.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas “PETA 10: JALAN-JALAN PERSEKUTUAN

NEGERI JOHOR” peta yang berikut:

3

“PETA 11: LEBUH RAYA SULTAN ISKANDAR, NEGERI JOHOR

”.

Dibuat 5 September 2012

[KKR.PUU.110-1/6/7: PN(PU2)391/XXV]

DATO’ SERI SHAZIMAN BIN ABU MANSOR

Menteri Kerja Raya

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat di bawah seksyen 4 Akta Jalan Persekutuan 1959]

4

FEDERAL ROADS ACT 1959

FEDERAL ROADS (WEST MALAYSIA) (AMENDMENT) (NO. 6) ORDER 2012

Section 2 — PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (MALAYSIA BARAT) (PINDAAN) (NO. 6) 2012