Seksyen 2
Perisytiharan jalan sebagai jalan Persekutuan
of Perintah Jalan Persekutuan (Persimpangan Bertingkat Bandar Gamuda Cove) 2019
Bahagian jalan yang dikenali sebagai Persimpangan Bertingkat Bandar
Gamuda Cove yang merupakan sebahagian daripada Lebuh Raya Utara Selatan
Hubungan Tengah yang bermula dari kilometer 26.142 di koordinat U 319124.995,
T 403177.718 Grid Bentuk Benar Serong di Tepi (RSO) Geosentrik (GDM 2000)
dan berakhir di kilometer 27.139 di koordinat U 318415.972, T 403867.692 Grid RSO
Geosentrik (GDM 2000) Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah, kedua-dua jarak diukur dari kilometer 0.0 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah di Persimpangan Bertingkat Johor Bahru termasuk Plaza Tol Masuk/Keluar
Bandar Gamuda Cove dan jalan-jalan sambungannya dan berakhir di Had Sempadan
Penyenggaraan (HSP) di koordinat U 319646.112, T 402715.690 Grid RSO
Geosentrik (GDM 2000), diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan.
(2)
Jalan yang diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan di bawah subperenggan (1) ditunjukkan dalam peta dalam Jadual.
3