Skip to content

Seksyen 2

Perisytiharan jalan sebagai jalan Persekutuan

of Perintah Jalan Persekutuan (Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya) 2014

P.U. (A)In forceProvision 2 of 2
Seksyen 2

(1)

Bahagian jalan yang dikenali sebagai Persimpangan Bertingkat Sungai

Buaya yang bermula di kilometer 435.89 di koordinat U372323.067, T395477.970 Grid

Rectified Skew Orthomorphic (RSO) Geosentrik (GDM 2000) dan berakhir di kilometer 433.64 di koordinat U374392.997, T396007.082 Grid RSO Geosentrik (GDM 2000)

Lebuh Raya Utara Selatan (kedua-dua jarak diukur dari kilometer 0.0 Lebuh Raya Utara

Selatan di Bukit Kayu Hitam) termasuklah Plaza Tol Masuk/Keluar Sungai Buaya dan jalan sambungannya dan berakhir di koordinat U373216.605, T394451.869 Grid RSO

Geosentrik (GDM 2000), diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan.

(2)

Jalan yang diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan di bawah subperenggan (1) ditunjukkan dalam peta dalam Jadual.

P.U. (A) 7 3