Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Perintah Jalan Persekutuan (Sabah) 1996 [P.U. (A) 366/1996], yang disebut
“Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam Jadual Pertama dengan memasukkan selepas butiran (m) butiran yang berikut:
“(n)
(Laluan 1): Jalan Putatan-Penampang
Bermula di koordinat U 5.888399, T 116.0755 dan berakhir di koordinat U 5.890635, T 116.080663 termasuk jalan sambungannya di dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam
PETA 8: JALAN PUTATAN-PENAMPANG.
Jarak sepanjang 0.628 kilometer.
(o)
(Laluan 1): Jalan Penampang-Kota Kinabalu
Bermula di koordinat U 5.939292, T 116.136605 dan berakhir di koordinat U 5.9815, T 116.160557 termasuk jalan sambungannya di dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam
PETA 9: JALAN PENAMPANG-KOTA KINABALU.
Jarak sepanjang 5.672 kilometer.”.
P.U. (A) 12 3
Pindaan Jadual Ketiga