Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2012
Seksyen 2
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] hendaklah diremitkan sepenuhnya berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen berhubung dengan mana-mana Nota Berjangka Sederhana Berasaskan Syariah yang diterbitkan menurut Program Nota Berjangka Sederhana Berasaskan Syariah dengan nilai nominal sebanyak tiga ribu lima ratus juta ringgit (RM3,500,000,000.00) (“Program IMTN”) oleh
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (“Penerbit”) termasuklah tetapi tidak terhad kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan jaminan (“Jaminan”) yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia, yang kena dibayar oleh—
(a)
Penerbit, yang baginya Akta ini terpakai menurut kuasa Perintah Jaminan
Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan) (Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional) 2004 [P.U. (A) 408/2004];
(b)
mana-mana pemegang Nota Berjangka Sederhana Berasaskan Syariah; atau
(c)
mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Nota Berjangka Sederhana Berasaskan
P.U. (A) 163 3
Syariah, Program IMTN atau Jaminan, termasuklah mana-mana pihak lain yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem