Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2014

Seksyen 2

(1)

Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

[Akta 53] hendaklah diremitkan sepenuhnya berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen berhubung dengan Program Sukuk Murabahah, Sukuk Murabahah yang diterbitkan oleh Penerbit atau apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Jaminan, oleh—

(a)

Penerbit;

(b)

mana-mana pemegang Sukuk Murabahah; atau

(c)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Program Sukuk Murabahah,

Sukuk Murabahah atau Jaminan, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.

3

(2)

Bagi maksud Perintah ini—

(a)

“Jaminan” ertinya jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia;

(b)

“Penerbit” ertinya Syarikat Prasarana Negara Berhad, yang baginya Akta terpakai menurut kuasa di bawah Perintah Jaminan

Pinjaman

(Penetapan

Pertubuhan

Perbadanan)

(Syarikat

Prasarana Negara Berhad) 2001 [P.U. (A) 351/2001];

(c)

“Program Sukuk Murabahah” ertinya Program Nota Jangka

Sederhana Islam dengan nilai nominal dua bilion ringgit

(RM2,000,000,000.00); dan

(d)

“Sukuk Murabahah” ertinya Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan menurut Program Sukuk Murabahah.

Peremitan duti setem

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2014