Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2016
Seksyen 2
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk, kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 4 hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
DanaInfra Nasional Berhad yang baginya Akta terpakai menurut kuasa di bawah
Perintah
Jaminan
Pinjaman
(Penetapan
Pertubuhan
Perbadanan) (DanaInfra Nasional Berhad) 2012 [P.U. (A) 176/2012];
(b)
mana-mana pemegang
Nota
Jangka
Sederhana
Islam dan
Kertas Komersial Islamik; atau
(c)
mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Program Nota Jangka Sederhana Islam dan
Kertas Komersial Islamik, yang disebut “Program IMTN dan ICP” dalam
Perintah ini, atau jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh
3
Kerajaan Malaysia, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem