Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2016
Seksyen 4
Pemakaian
(a)
Nota Jangka Sederhana Islam dan Kertas Komersial Islamik yang diterbitkan oleh DanaInfra Nasional Berhad menurut Program IMTN dan
ICP dengan nilai nominal sehingga dua puluh lima bilion ringgit
(RM25,000,000,000.00):
Dengan syarat bahawa, agregat bergabung nilai nominal belum berbayar Nota Jangka Sederhana Islam dan Kertas Komersial Islamik dan amaun prinsipal belum berbayar di bawah Pembiayaan Pinjaman
Bersindiket Revolving Credit Islam, yang disebut “Pembiayaan SFF-i”
dalam Perintah ini, hendaklah tidak melebihi dua puluh lima bilion ringgit
(RM25,000,000,000.00);
(b)
Pembiayaan SFF-i dengan amaun agregat prinsipal belum berbayar tidak melebihi lapan bilion ringgit (RM8,000,000,000.00) tertakluk kepada agregat bergabung yang disebut dalam subperenggan (a);
4
(c)
Program IMTN dan ICP yang telah ditambah nilai nominal daripada dua puluh satu bilion ringgit (RM21,000,000,000.00) kepada nilai agregat maksimum sehingga empat puluh enam bilion ringgit
(RM46,000,000,000.00); dan
(d)
jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan Nota Jangka Sederhana Islam dan Kertas Komersial
Islamik dan Pembiayaan SFF-i.
Dibuat 6 April 2016
[KK/SID/(S)/393/889/1; PN(PU2)232/XI]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
5
LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965
LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) (REMISSION OF TAX AND STAMP DUTY)
ORDER 2016