Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2017
Seksyen 2
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk dan jaminan yang disebut dalam perenggan 4 hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
Bank Simpanan Nasional yang baginya Akta terpakai menurut kuasa di bawah
Perintah
Jaminan
Pinjaman
(Penetapan
Pertubuhan
Perbadanan) (Bank Simpanan Nasional) 2017 [P.U. (A) 77/2017];
(b)
mana-mana pemegang Nota Jangka Sederhana, yang disebut “MTN” dalam
Perintah ini, atau Nota Jangka Sederhana Islam, yang disebut
“Sukuk Murabahah” dalam Perintah ini; atau
(c)
mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Program Nota Jangka Sederhana, yang disebut “Program MTN” dalam Perintah ini, atau Program Nota Jangka
Sederhana
Islam, yang disebut
“Program
Sukuk
Murabahah”
3
dalam Perintah ini, atau jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh
Kerajaan Malaysia, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem