Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2018

Seksyen 3

Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk, kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2 hendaklah diremitkan sepenuhnya:

(a)

Suria

Strategic

Energy

Resources

Sdn.

Bhd.

yang baginya

Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965 terpakai menurut kuasa Perintah Jaminan Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan)

(Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd.) 2017 [P.U. (A) 59/2017];

(b)

mana-mana pemegang Nota Jangka Sederhana Islam;

(c)

mana-mana pembiaya Pembiayaan RC-i; atau

(d)

mana-mana pihak kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk, kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.

Peremitan duti setem

Section 3 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2018