Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2023

Seksyen 2

Perintah ini hendaklah terpakai bagi —

(a)

Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan oleh DanaInfra Nasional Berhad menurut Program Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam yang disebut “Program ICP dan IMTN”

dalam

Perintah ini, dengan nilai nominal sehingga dua bilion lapan ratus juta ringgit (RM2,800,000,000.00):

Dengan syarat bahawa agregat digabungkan nilai nominal belum berbayar Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam dan amaun prinsipal belum berbayar di bawah Pembiayaan Kredit-i

Pusingan Bersindiket yang disebut “Pembiayaan RC-I” dalam Perintah ini, hendaklah tidak melebihi dua bilion lapan ratus juta ringgit

(RM2,800,000,000.00);

(b)

Pembiayaan RC-i dalam amaun prinsipal belum berbayar agregat tidak melebihi dua bilion ringgit (RM2,000,000,000.00) tertakluk kepada agregat digabungkan yang disebut dalam subperenggan (c);

P.U. (A) 153 3

(c)

Program ICP dan IMTN yang telah dipertingkatkan dengan nilai nominal daripada tiga belas bilion ringgit

(RM13,000,000,000.00)

kepada nilai agregat maksimum sehingga lima belas bilion lapan ratus juta ringgit (RM15,800,000,000.00); dan

(d)

jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan Program ICP dan IMTN dan Pembiayaan RC-i.

Peremitan cukai

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2023