Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2023
Seksyen 3
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah Perjanjian Kemudahan Induk, Jaminan Kerajaan dan
Sijil Perpindahan dan apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan
Perjanjian
Kemudahan
Induk,
Jaminan
Kerajaan dan
Sijil Perpindahan hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional;
(b)
CIMB Investment Bank Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad atau
AmBank Islamic Berhad;
(c)
mana-mana pihak lain kepada
Perjanjian
Kemudahan
Induk,
Jaminan Kerajaan dan Sijil Perpindahan termasuk mana-mana pihak lain yang kepadanya Perjanjian Kemudahan Induk, Jaminan Kerajaan dan
Sijil Perpindahan dipindahkan, diserahhakkan atau dinovasikan; atau
(d)
mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan
Perjanjian
Kemudahan
Induk,
Jaminan Kerajaan dan Sijil Perpindahan termasuk mana-mana pihak lain yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan, diserahhakkan atau dinovasikan.
Peremitan duti setem