Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“Program ICP dan IMTN” ertinya Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka
Sederhana Islam yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh Lembaga Pembiayaan
Perumahan Sektor Awam menurut Program Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka
Sederhana Islam dengan nilai nominal sehingga dua puluh lima bilion ringgit
(RM25,000,000,000.00);
“jaminan” ertinya jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh
Kerajaan Malaysia berhubung dengan Program ICP dan IMTN.