Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“jaminan” ertinya jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh
Kerajaan Malaysia berhubung dengan Program Kertas Komersial Islam dan
Nota Jangka Sederhana Islam dan Kemudahan STRC-i4;
“Kemudahan STRC-i4” ertinya Kemudahan Pusingan Kredit-i Jangka Pendek Islam
Bersindiket yang diperoleh oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. daripada AmBank Islamic
Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad, Maybank Islamic Berhad, United Overseas Bank
(Malaysia) Bhd. dan RHB Islamic Bank Berhad dengan amaun agregat prinsipal lima bilion lapan ratus juta ringgit (RM5,800,000,000.00);
“Program Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam” ertinya
Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. menurut Program Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam (dengan opsyen untuk menerbitkan Sukuk Matlamat
Pembangunan Mampan) dengan nilai nominal sehingga tiga belas bilion dua ratus lapan puluh juta ringgit (RM13,280,000,000.00) termasuk jumlah agregat yang telah diperoleh di bawah Kemudahan STRC-i4.
3