Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 2) 2013

Seksyen 2

Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

[Akta 53] hendaklah diremitkan sepenuhnya berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen yang berhubung dengan Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan di bawah Program

Nota Jangka Sederhana Islam dengan nilai nominal sehingga satu bilion ringgit

(RM1,000,000,000.00) (“Program IMTN”) yang dibuat atau akan dibuat oleh Sarawak

Hidro Sdn. Bhd. (“Penerbit”) termasuk, tetapi tidak terhad kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan jaminan (“Jaminan”) yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia, oleh—

(a)

Penerbit, yang baginya Akta ini terpakai menurut kuasa Perintah Jaminan

Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan) (Sarawak Hidro Sdn. Bhd.)

2012 [P.U. (A) 276/2012];

(b)

mana-mana pemegang Nota Jangka Sederhana Islam; atau

(c)

mana-mana pihak yang lain dalam apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Program IMTN atau Jaminan, termasuk

P.U. (A) 81 3

mana-mana pihak lain yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen tersebut dipindahkan atau diserahkan.

Peremitan duti setem

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 2) 2013