Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 2) 2015

Seksyen 4

Pemakaian

Perintah ini hendaklah terpakai bagi:

(a)

Sukuk Murabahah yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh Jambatan

Kedua Sdn. Bhd. menurut Program Sukuk Murabahah dengan nilai nominal sehingga empat bilion enam ratus juta ringgit

(RM4,600,000,000.00):

Dengan syarat bahawa, agregat bergabung nilai nominal belum berbayar Sukuk Murabahah dan amaun prinsipal belum berbayar di bawah Pembiayaan Kredit Pusingan Murabahah Tawarruq Bersindiket

Jangka Pendek, yang disebut “Pembiayaan Bersindiket RC-i” dalam

Perintah ini, hendaklah tidak melebihi empat bilion enam ratus juta ringgit (RM4,600,000,000.00);

(b)

Pembiayaan Bersindiket RC-i dengan amaun agregat prinsipal belum berbayar tidak melebihi satu bilion lima ratus juta ringgit

(RM1,500,000,000.00) tertakluk kepada agregat bergabung yang disebut dalam subperenggan (a);

(c)

Program Sukuk Murabahah dengan nilai nominal sehingga empat bilion enam ratus juta ringgit (RM4,600,000,000.00); dan

(d)

jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan Sukuk Murabahah, Program Sukuk Murabahah dan

Pembiayaan Bersindiket RC-i.

P.U. (A) 86 4

Dibuat 14 Mei 2015

[KK/SID/(S)393/6/1(15); PN(PU2)232/X]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 86 5

LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965

LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) (REMISSION OF TAX AND STAMP DUTY)

(NO. 2) ORDER 2015

Section 4 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 2) 2015