Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 2) 2016
Seksyen 2
(1)
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen berhubung dengan produk, kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 4 hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang baginya Akta ini terpakai menurut kuasa di bawah Perintah Jaminan Pinjaman
(Penetapan
Pertubuhan
Perbadanan)
(Perbadanan
Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional) 2004 [P.U. (A) 408/2004];
(b)
mana-mana pemegang Nota Jangka Sederhana Islam, yang disebut
“Sukuk Murabahah” dalam Perintah ini;
P.U. (A) 197 3
(c)
mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen berhubung dengan Program Nota Jangka Sederhana
Islam, yang disebut “Program GG Sukuk” dalam Perintah ini, atau jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan
Malaysia, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara atau dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem