Seksyen 4
Perintah ini hendaklah terpakai bagi—
of Perintah Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) (Peremitan Cukai dan Duti Setem) (No. 2) 2016
(a)
Sukuk Murabahah yang diterbitkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional menurut Program GG Sukuk dengan nilai nominal sehingga lapan bilion ringgit (RM8,000,000,000.00);
Dengan syarat bahawa, agregat bergabung nilai nominal belum berbayar Sukuk Murabahah dan amaun prinsipal belum berbayar di bawah Pembiayaan Pinjaman Bersindiket Kredit Pusingan, yang disebut
“Pembiayaan SRC-i” dalam Perintah ini, hendaklah tidak melebihi lapan bilion ringgit (RM8,000,000,000.00);
(b)
Pembiayaan SRC-i dengan amaun agregat prinsipal sehingga dua bilion ringgit (RM2,000,000,000.00) tertakluk kepada agregat bergabung yang disebut dalam subperenggan (a);
(c)
Program GG Sukuk dengan nilai nominal sehingga lapan bilion ringgit
(RM8,000,000,000.00); dan
P.U. (A) 197 4
(d)
jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan Sukuk Murabahah dan Pembiayaan SRC-i.
Dibuat 30 Jun 2016
[KK/BUU/(S)10/0.500 Sj. 1 Jld. 7/(3); PN(PU2)232/XI]
DATO’ JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 197 5
LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965
LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) (REMISSION OF TAX AND STAMP DUTY)
(NO. 2) ORDER 2016