Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 2) 2017

Seksyen 2

Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk, kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 4 hendaklah diremitkan sepenuhnya:

(a)

Malaysia Debt Ventures Berhad (No. Syarikat: 578113-A) yang baginya Akta terpakai menurut kuasa di bawah Perintah Jaminan Pinjaman (Penetapan

Pertubuhan

Perbadanan)

(Malaysia

Debt

Ventures

Berhad)

2007

[P.U. (A) 284/2007];

(b)

mana-mana pemegang Nota Jangka Sederhana Islam, yang disebut

“Sukuk Murabahah” dalam Perintah ini; atau

(c)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Program Nota Jangka Sederhana Islam, yang disebut “Program GG Sukuk” dalam Perintah ini, atau Pembiayaan Kredit

Pusingan Bersindiket, yang disebut “Pembiayaan SRC-i” dalam Perintah ini,

3

atau jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.

Peremitan duti setem

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 2) 2017