Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 2) 2018
Seksyen 3
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2
hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
MKD Kencana Sdn. Bhd. yang baginya Akta Jaminan Pinjaman
(Pertubuhan
Perbadanan)
1965
terpakai menurut kuasa
P.U. (A) 104 3
Perintah Jaminan Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan)
(MKD Kencana Sdn. Bhd.) 2017 [P.U. (A) 264/2017];
(b)
mana-mana pemegang Sukuk Murabahah; atau
(c)
mana-mana pihak kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem